top of page

MISI
BADAN AMAL KEBAJIKAN AL-MIEZAAN TERENGGANU adalah sebuah persatuan yang telah ditubuhkan pada 18 November 2013 atas inisiatif dan kesungguhan untuk aktif dalam satu persatuan sesuai dengan saranan dan galakan dari pihak kerajaan untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara.
Persatuan ini juga berhasrat untuk aktif dan bersama-sama mengembeling tenaga dengan pihak kerajaan demi untuk kemajuan dan kejayaan rakyat Malaysia yang cemerlang dalam setiap sudut kehidupan. Sesungguhnya persatuan ini dengan penuh komitmen akan berusaha menjayakan hasrat kerajaan terutamanya dalam menangani pelbagai masalah sosial masa kini dari terus berleluasa. Kami juga bersedia setiap masa untuk memberi bantuan dan pertolongan pada setiap golongan yang memerlukan. Oleh itu, kami dengan penuh kebertanggungjawaban berjanji akan menggiatkan usaha untuk membendung segala masalah yang mendatang.
Sehubungan dengan itu, persatuan kami amat berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama, galakan, sokongan, pandangan agar persatuan kami dapat merealisasikan segala misi persatuan dan mencapai objektif seperti yang di rancang dalam menghadapi cabaran dalam era globalisasi masa kini demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Diharap dengan segala aktiviti dan program-program yang bakal diadakan nanti akan membantu semua pihak untuk merealisasikan konsep ILMU, IMAN, DAN AMAL demi untuk melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang harmoni.
bottom of page