![](https://static.wixstatic.com/media/895d4dc89f5e473ba1e2c390095fdf89.jpg/v1/fill/w_1920,h_1280,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/895d4dc89f5e473ba1e2c390095fdf89.jpg)
Objektif
1. Menyatudapadukan semua bangsa dan kaum di bawah satu bumbung selaras dengan logo 1 Malaysia di bawah satu persatuan.
2. Mengeratkan hubungan sesama masyarakat dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.
3. Meningkatkan dan meninggikan taraf kehidupan masyarakat yang sesuai dengan kemajuan semasa.
4. Menjaga dan memperjuangkan soal-soal kebajikan masyarakat dan hak-hak-hak kepentingan semua lapisan masyarakat.
5. Menjaga dan memartabatkan kesucian agama,kebudayaan dan kesenian melayu demi untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah sosial.
6. Berusaha dan berikhtiar serta mengambil langkah-langkah perlu dalam membantu pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan keamanan serta dalam menghadapi berbagai kemungkinan bencana.
7. Mengadakan pelbagai aktiviti dan program seperti ceramah, bengkel, seminar, latihan, kebudayaan,kesukanan dan motivasi untuk melahirkan masyarakat yang mampan, berilmu, beriman, bertaqwa dan berjaya dalam bidang masing-masing.
8. Menjadi badan penasihat dan pemberi bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan.
9. Menjaga kebajikan ahli-ahli dalam soal kesihatan, kematian, pelajaran, ekonomi dan lain-lain hal berbangkit.
10. Mengutamakan dan membantu kepada golongan kurang upaya(OKU), ibu tunggal, anak yatim dan lain-lain.